Apa itu PENYAKIT dan INFEKSI



Dalam ilmu epidemiologi, penyakit ditakrif sebagai titik tolak yang merbahaya daripada keadaan yang normal pada individu atau populasi. Dalam konteks itu, penyakit berjangkit pula ialah jangkitan penyakit daripada manusia kepada manusia atau daripada haiwan kepada manusia. Ia adalah hasil daripada organisma parasitik dan patogenik, iaitu organisma yang berupaya menyebabkan penyakit. Kebanyakan patogen yang ada pada manusia adalah mikroorganisma. Dalam konteks itu, penyakit berjangkit adalah reaksi dan interaksi perumah terhadap patogen. Interaksi tersebut bukan sahaja boleh memusnahkan patogen, tetapi juga menghasilkan ketaknormalan kepada perumah sehingga menyebabkan orang itu mati.

Sementara itu, infeksi pula adalah serangan patogen yang dilakukan ke atas tubuh manusia. Serangan itu menyebabkan patogen merebak dan mengganggu perumah. Organisma patogenik atau ancaman toksin yang ada pada tubuh manusia tidak boleh menghasilkan penyakit dengan sendirinya. Tetapi, kita mungkin adalah pangkalan bagi berbilion pneumococci dalam paru- paru kita dan juga berbilion lagi organisma streptococcus pada kulit kita tanpa kita merasa sakit atau dihidapi penyakit. Ia hanya boleh membawa penyakit bila patogen bertindak balas atau menjadi merbahaya kepada tubuh manusia. Oleh sebab itu, penyakit berjangkit ada kalanya wujud dalam dua keadaan yang berbeza: yang bersifat epidemik dan endemik. Berlakunya endemik ialah dalam keadaan mudah membiaknya sesuatu penyakit yang memang sudah ada pada orang ramai atau di suatu tempat. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...