"QASEH"


Assalamualaikum w.b.t

ADAKAH ANDA PERNAH MENDENGAR PRODUK BERNAMA QASEH?

Bagi anda yang belum pernah dengar produk QASEH ini...mari saya kenalkan dari akar umbinya hehe. Produk QASEH ini adalah keluaran dari Ana Edar Sdn. Bhd. dan diorang ini merupakan syarikat bumiputera islam yang berpengalaman sejak 1983. Admin pun tak lahir lagi masa ni. Apa pun yang pasti ianya keluaran orang islam kita dan kita patut sokong dan yakin dengan produk yang mereka keluarkan. Berikut merupakan info berkaitan Ana Edar Sdn. Bhd.

PRODUK DARIPADA SYARIKAT BUMIPUTERA ISLAM YANG BERPENGALAMAN SEJAK 1983

Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang halal, selamat dan bermutu. 
 
Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, serta menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan pengedaran produk Muslim yang bermutu, halal dan selamat di bawah jenama ANA. Ana Edar Sdn. Bhd. yakin hasrat untuk menaiktarafkan kemampuan ekonomi ummah melalui perniagaan yang telus dan disinari ajaran Islam serta rangkaian produk yang halal, selamat dan bermutu.
Ana Edar Sdn. Bhd. juga berhasrat menembusi pasaran halal antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam memartabatkan piawaian halal demi kepentingan ummah sejagat.


Apa itu PENYAKIT dan INFEKSI



Dalam ilmu epidemiologi, penyakit ditakrif sebagai titik tolak yang merbahaya daripada keadaan yang normal pada individu atau populasi. Dalam konteks itu, penyakit berjangkit pula ialah jangkitan penyakit daripada manusia kepada manusia atau daripada haiwan kepada manusia. Ia adalah hasil daripada organisma parasitik dan patogenik, iaitu organisma yang berupaya menyebabkan penyakit. Kebanyakan patogen yang ada pada manusia adalah mikroorganisma. Dalam konteks itu, penyakit berjangkit adalah reaksi dan interaksi perumah terhadap patogen. Interaksi tersebut bukan sahaja boleh memusnahkan patogen, tetapi juga menghasilkan ketaknormalan kepada perumah sehingga menyebabkan orang itu mati.

Sementara itu, infeksi pula adalah serangan patogen yang dilakukan ke atas tubuh manusia. Serangan itu menyebabkan patogen merebak dan mengganggu perumah. Organisma patogenik atau ancaman toksin yang ada pada tubuh manusia tidak boleh menghasilkan penyakit dengan sendirinya. Tetapi, kita mungkin adalah pangkalan bagi berbilion pneumococci dalam paru- paru kita dan juga berbilion lagi organisma streptococcus pada kulit kita tanpa kita merasa sakit atau dihidapi penyakit. Ia hanya boleh membawa penyakit bila patogen bertindak balas atau menjadi merbahaya kepada tubuh manusia. Oleh sebab itu, penyakit berjangkit ada kalanya wujud dalam dua keadaan yang berbeza: yang bersifat epidemik dan endemik. Berlakunya endemik ialah dalam keadaan mudah membiaknya sesuatu penyakit yang memang sudah ada pada orang ramai atau di suatu tempat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...